The Qamar Paka yang terletak lebih kurang 110km dari Kuala
Terengganu manakala 100km dari Kuantan, Pahang bukanlah satu tempat yang asing kerana
kedudukannya berhampiran dengan kawasan perindustrian minyak dan gas di Kerteh.
Untuk makluman, The Qamar Paka terletak di tepi pantai Paka.
Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Residence Resort Paka
ialah sekitar tahun 2010 yang sekarang cukup dikenali dengan The Qamar Paka. Amat ketara perubahan yang telah dilakukan
pada resort tersebut. Dari bilik yang dulunya ada karpet dan tab mandi kini
telah diubah suai dengan konsep kontemperori yang lebih efisyen.
Bagi mereka yang belum pernah sampai ke sini, pastinya
merasakan satu azab yang besar kerana perlu menempuhi satu laluan panjang yang
berbengkak bengkok. Lebih-lebih lagi bila di kiri kanan jalan hanya dipenuhi
oleh rimbunan pohon kelapa sawit di sepanjang perjalanan. Namun, sebaik sahaja sepasang mata tertumpu
kepada hamparan lautan di depan mata, segala keletihan pasti terbang melayang
di bawa bayu laut yang ternyata tidak pernah berhenti berhembus.
Sepanjang jalan kenangan di sini, membuatkan hati berbunga
riang, walaupun terbit juga rasa gundah melihatkan ombak yang kadang kala
menggulung tinggi, namun pantai, ombak, buih dan bayu tidak pernah gagal
memberikan saya ketenangan dan ilham.
Dahulunya dikenali sebagai Residence Resort Paka
Dijenama semula sebagai The Qamar Paka, Terengganu
Pemandangan kawasan resort
Banquet
The Qamar yang ditubuhkan sekitar Januari 1995 merupakan resort ke pertama milik penuh RHR Hospitality. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan informasi yang lebih detail, boleh melayari laman web berikut;
Website: http://www.theqamar.com/
Facebook: http://facebook.com/TheQamarPaka
Sumber: Emie Zalifa (emieegc)